Sunday 8 May 2011

selamat hr ibu mak , Al-fatihah :']


Misidah Bt Jamian . mak , imissyou . seriously :'] lama tak jumpa kan ? tahun ni dah dua kali hari ibu tanpa awak mak . 9 Mei 2009 , mak pergi tinggalkan semua . abah , kakngah , kakde , me and azah . hari ni hari ibu , esok genap dua tahun mak pergi :'] mak , ingat lagi ms sebelum mak meninggal , ms tu kat hospital , lagi brp hari je nak hari ibu :] me and azah sebok prepare for mother's day . nak masakkan untuk mak . nak beli hadiah :] semua dah ready . tiba-2 pagi tu abah kejut kiteorang suruh ikut pergi hospital . abah kata bgn basuh muka terus naik kereta , takya mandi . aku dah pelik kenapa . ikutkan jela . time tu pukul 7 pagi . aku tengok abah macam nak cepat sgt . time tu tenga ngantok . malas nak pk banyak , layankan je . sampai hospital , pegi katil mak , tengok kakde dah menangis :'[ aku tengok mak dah terlantar baring tak bergerak . muka pucat . time tu aku rs kaku , ms terhenti . aku tergamam tengok mak . lama lepas brp minit br aku nangis . aku takbole nak terima lagi . aku terkejut . mak kata , mak nak bawak kiteorang satu familly pergi holiday . hmm . makk , imissyou :'[ aku menangis tak henti . sampai aku TER-meraung . aku sedih . nurse kat situ tenangkan aku . dia kata suruh doakan mak . aku share kat nurse tu , aku cakap yang aku dah prepare untuk hari ibu . nurse tu peluk aku :'] then aku berhenti menangis and terus baca kan Al-fatihah dalam ht untuk mak aku tanpa henti . aku tenung muka mak lama-2 . aku tengok badan mak langsung tak bergerak . hati aku terdetik 'ni semua mimpi kan? elok-2 je semalam aku jaga mak aku . borak-2' . ye , aku mmg tak rapat dgn mak . sbb mak suka mara-2 . aku suka mara mak . aku suka tak denga cakap mak . aku suka lawan mak . hmm . tapi aku sayang mak :'[ 

aku ingat lagi malam sebelum mak msk hospital , mak kata mak sakit takbole nak tdo baring . aku papah mak duduk kat kerusi , teman mak sepanjang malam . mak tdo , aku duduk sebela mak . mak terbatuk sikit je terus aku bangun . esok pagi hr khamis , sakit mak makin teruk . mak masuk hospital . aku ikut sekali . brp hari mak kat hospital , satu malam tu aku jaga mak , mak suruh aku amik kerusi malas . mak kata bia selesa sikit bole tidur . aku cakap , 'tanak a . kalau tidur selesa . tidur tak bgn-2 . sape nak jaga mak ? mak senyum :'] satu hr tu tak tidur sbb mak tak tidur . wad mak sebela dgn wad bersalin . waktu tu pukul 4 pagi , ada bunyi bayi nangis . aku cakap kat mak , ada baby baru lahir . mak cakap , dulu daya lahir petang , pukul 4 . borak-2 . mak kencing banyak kali malam tu . sebab nurse bagi mak ubat apa tah . sebab tu asyik kencing je . aku pn banyak kali ulang alik toilet bersihkan bekas air kencing tu . geli ? takla . ms aku kecik-2 mak takde pn nak geli-2 bersihkan aku punya air kencing , taik aku bila berak , hingus aku bila selsema , and semuanya :'] aku hargai tu . sebab tula aku tak mengeluh , sebab ms tula aku nak balas jasa mak :] esok pagi nurse datang bagi mak makan ubat . mak mmg susa makan ubat :] kesian aku tengok mak makan ubat mesti terkelua balik . nampak seksa . hmm . menggigil-gigil tangan mak pegang cawan . then abah sampai nak ajak aku balik suruh mandi then tidur . aku pn ikut :] hari sabtu pagi , mak nazak , nafas mak tersekat-sekat , ms tu semua dah nangis . aku peluk mak . mak dah menangis , mintak maaf kat abah semua . mak pesan kat aku jangan gaduh dgn adik . aku diam . doktor datang , kelua je doktor masukkan mak kat ICU . usus mak bengkak . mak selalu batuk darah-2 . hmm . mak masuk ICU takbole sape-2 jaga . brp hari mak masuk ICU , mak ditukarkan ke wad biasa . 

lepas mak dimandikan , bawak balik ruma . orang ramai datang bacakan yassin . aku terharu :'] ramai org sayangkan mak aku . penuh and sesak ruma aku dgn org ramai dtg ziarah . melayu , cina , india . aku tahu , mak aku peramah , semua org mak kawan :] mak siap dikapankan , aku cium dahi mak . aku tenung muka mak buat kali terakhir dan masih lagi berharap yang ni semua mimpi . aku harap sangat mak bangun and cakap yang dia msih sihat . tapi tu semua angan-2 aku . selesai semua bacaan doa yassin , jenazah mak dibawa ke surau dan disembahyangkan . dah siap , bawak ke tanah perkuburan . aku tengok mak dimasukkan ke dalam liang lahad . wajah mak masih lagi terbayang-bayang kat mata aku . akhirnya , semuanya selesai . alhamdulillah :']

mak , rindu nak denga suara mak bila mara . rindu nak peluk mak ms tdo . rindu nak salam tangan mak sebelum pergi sch waktu pagi . ms salam pagi tu mesti tangan mak basah sebab pagi-2 mak sebok masak kat dapur . lepas salam mesti hidung basah :] rindu nak tanam pokok bersihkan ruang depan ruma sama-2 dgn mak . rindu nak denga mak bebel . rindu nak tgk mak dgn abah gurau-2 . rindu nak tunggu mak bila balik kerja . rindu dgn masakkan mak . rindu dgn ''roti canai'' mak . rindu dgn kek mak . rindu bila suasana raya , selalunya bangun pagi mesti mak tinggalkan adunan kuih suruh kiteorang adk beradik buat sama-2 . rindu nak tgk muka mak bila tengok kuih yang mak baka hangus . rindu dgn semuanya :']
bila raya , takde lagi kuih raya buatan mak :] takde lagi beli baju raya sama-2 . semuanya beruba . 

walaupn mak dah takde , tapi mak terasa dekat dgn aku :] kauorang yang ada mak , hargailah dia selagi masih ada . respect dia yang melahirkan dan membesarkan kauorang :] mak tegur terima jangan melawan . mak , selamat hari ibu . imissyou . nak jumpa mak :'[
 AKU TERHARU . THANK YOU KAKA :']


8 comments:

scha elmo said...

oke aku syg kau dyy . :) jgn lha sedih-2 . al-fatihah ntok mak kau k sygg . kitaorg sntiasa ad ntok kau .

my blogger diaries said...

mana ada aku sedih :]
aku pn sayang kau scha . thanks babe :']

bella said...

betul aku pun sayang kau dyy . alfatihah untuk mak kau . walaupun kau tak ada mak . tapi kitaorang selalu ada untuk kau . sayang kau gila-2 .

my blogger diaries said...

bella ! sayang kau jugak :] terima kasih kawan :']

Anonymous said...

sye pon syg kn awk yaya..kwn kitew smue syg kn awk...jgn sdih2 ea..bnyk kn sedekah Al-Fatihah..pkare yg baik dri arwah kite kenang kn..prkare burok dri arwah kite lupekn..yg pegi ttp pegi wak..allah lbih syg kn mak awk yaya..sye yakin,,mak awk msuk syurge,,mak awk msuk tmpt2 yg briman..amin..salam syg sye tok kluarge yaya..

my blogger diaries said...

terima kasih aman :]
amin :']

syera cik bulad :) said...

Ibu pesan, belajar rajin rajin.
Kalau ada apa apa adik nak, if susa ibu boleh tolong. Dia kata jadi anak yang baik, :)

Sayang anak dia yang number 5 nie banyak banyak, :)

my blogger diaries said...

kaka : pesan kat ibu balik , ikay adk ingat pesanan ibu tu . terima kasih sbb care :] takpe , insyAllah semua bole settle :] sayang ibu jugak :']

Post a Comment